Bunuh diri bantah Kakao

SEOUL, 10 Jan – Seorang pemandu teksi Korea Selatan membakar dirinya sendiri hingga menemui ajal dalam membantah perkhidmatan ‘ride-sharing’ yang diperkenalkan oleh aplikasi ‘mobile chat’, orang kedua yang berbuat demikian dalam tempoh sebulan.

Berusia 64 tahun, pemandu teksi itu dengan nama keluarga Im, meletakkan keretanya berhampiran kedutaan AS di tengah Seoul beberapa detik sebelum kenderaannya itu terbakar.

Pemandu itu masih sedarkan diri selepas dia keluar dari kenderaannya yang sedang terbakar petang semalam, menurut saksi-saksi, dia kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian, menurut polis yang menemukan botol-botol bahan bakar yang telah cair dalam keretanya.

Im meninggalkan nota sebelum membunuh diri, agensi berita Yonhap melaporkan, menggesa pengharaman ke atas apa yang disifatkannya ‘perkongsian kereta haram’.

Dia adalah pemandu teksi kedua yang telah membakar diri sendiri hingga mati dalam tempoh sebulan dalam membantah perkhidmatan ‘ride sharing’ yang diwujudkan oleh aplikasi perbualan, Kakao.

Firma-firma ‘ride sharing telah mengurangkan kos pengangkutan dan menambah perkhidmatan bagi para penumpang di seluruh dunia, tetapi menyedari ketiadaan mereka di Korea Selatan, yang mana kewujudan syarikat besar Uber hanyalah minimum di sana.

Uber telah menutup perkhidmatan’ride-sharing’ utamanya dalam tahun 2015 di tengah bidasan meluas dari pemandu-pemandu teksi dan kini hanya menawarkan teksi dan kereta sewa berlesen.

Tinjauan pendapat pada bulan November mendapati 58.2 rakyat Korea Selatan mahu perkhidmatan ‘ride sharing’ diperkenalkan, dengan hanya 12.5 peratus membantah.

Skim Kakao Mobility, yang pada masa ini beroperasi dalam tempoh percubaan, hanya membolehkan pemandu-pemandu untuk menyediakan hanya dua perjalanan sehari.

Namun para pemandu teksi membantah dengan marah, dengan mengatakan ia akan mengancam pekerjaan mereka dan mata pencarian mereka. – AFP