Bunuh diri jadi isu utama

CANBERRA, 12 Feb – Menteri kesihatan Australia yang berasal daripada penduduk asli menggesa parlimen negara untuk mengemukakan mengenai krisis remaja bunuh diri.

Ken Wyat, penduduk asli pertama Australia yang berkhidmat sebagai menteri kerajaan berkata majoriti rakyat Australia tersalah anggap bahawa isu bunuh diri kalangan remaja penduduk asli sebagai ‘normal.’

Lima penduduk asli perempuan yang berumur antara 12 dan 15 tahun membunuh diri pada dua minggu pertama 2019 setakat ini dalam satu kejadian yang tidak berkaitan di Barat Australia (WA), Selatan Australia (SA) dan Queensland.

Awal Februari lalu, WA Coroner Ros Fogliani mendedahkan laporan mengenai 13 remaja penduduk asli yang membunuh diri di wilayah Kimberley antara 2012 dan 2016, sekali gus memberi amaran bahawa pihak kerajaan perlu mendengar apa yang dikatakan oleh penduduk setempat mengenai trauma, penyalahgunaan dadah, keganasan domestik dan kesalahan seksual.

“Apa yang menyedihkan, sebagai anggota persekutuan, saya menerima beberapa e-mel mengenai Nauru, perdagangan biri-biri hidup, keganasan terhadap binatang,” beritahu Wyatt kepada radio Macquarie Media pada malam kelmarin.

“Saya belum menerima e-mel mengenai bunuh diri dalam kalangan penduduk asli di WA dan saya tidak pasti sama ada rakan saya juga menerimanya.”

Politik Australia terlibat dengan perdebatan mengenai pemindahan rawatan bagi pemohon suaka yang ditahan di luar pinggir laut Nauru tetapi Wyatt berkata parlimen perlu mengemukakan isu mengenai bunuh diri yang melibatkan pelarian dan penduduk asli dalam pertemuan pertama tahun ini yang bermula Selasa. – Xinhua