BERLIN, 8 DIS – Seorang lelaki Jerman membunuh isteri dan tiga anaknya sebelum membunuh diri dengan meninggalkan nota yang menjelaskan dia takut dipenjarakan kerana memalsukan pas kesihatan COVID-19, kata pendakwa raya.
Kesemua lima mayat ditemui di rumah keluarga itu di Koenigs Wusterhausen di luar Berlin pada Sabtu, kata pendakwa raya negeri Brandenburg.
Menerusi nota berkenaan, lelaki berusia 40 tahun itu menjelaskan dia mendapatkan pas vaksin COVID-19 palsu untuk isterinya.
Bagaimanapun majikan isterinya mengesan penipuan itu dan merancang untuk menyiasat, jurucakap pendakwa raya, Cottbus Gernot Bantleon memberitahu AFP.
“Lelaki itu menjangkakan dia dan isterinya akan dipenjarakan dan anak-anak mereka dibawa pergi,” kata Bantleon. – AFP
