Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Bunuh ‘majikan’, lari bersama pasangan

-

TEHRAN, 31 JAN – Seekor singa betina menyerang dan membunuh seorang penjaga zoo di Iran dan melepaskan diri bersama seekor singa jantan sebelum kedua-dua haiwan tersebut berjaya ditangkap semula, menurut laporan media tempatan hari ini.

“Singa betina, yang berada di zoo itu selama beberapa tahun, berjaya membuka pintu pagar, keluar dan kemudian menyerang seorang penjaga zoo berusia 40 tahun yang baru sahaja membawa makanan untuk haiwan tersebut,” kata kakitangan zoo kepada stesen penyiaran IRIB.

Dia kemudian menambah bahawa ‘kedua-dua haiwan itu berjaya melepaskan diri’ kelmarin dari kurungan di sebuah zoo yang terletak di bandar Arak, wilayah Markazi, kira-kira 200 kilometer dari barat daya Tehran. – AFP

Seorang penjaga zoo di Iran maut apabila seekor singa betina berjaya melepaskan diri dari kurungan lalu mencederakannya dan kemudian melepaskan diri bersama seekor singa jantan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -