Bunuh pelancong, lelaki dihukum mati

BANGKOK, 12 JULAI – Seorang pengutip sampah Thai telah dijatuhi hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang pelancong Jerman yang sedang bercuti di pulau itu.

Ronnakorn Romruen diberkas pada April, beberapa jam selepas mayat berlumuran darah seorang wanita Jerman berusia 27 tahun ditemui ditimbus di bawah dedaun kering dan batu di pulau Koh Sichang di Teluk Thailand.

Mahkamah Thai mengumumkan keputusan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas pengutip sampah berusia 24 tahun pada Rabu.

Ronnakorn dipengaruhi dadah methamphetamine apabila dia merogol mangsa, kata mahkamah.

Apabila mangsa cuba melepaskan diri, Ronnakorn menggunakan batu memukul kepala dan mukanya bertalu-talu.

Ini ‘mengakibat kecederaan parah yang membawa kepada kematian mangsa,” kata mahkamah dalam kenyataan. Ronnakorn mengaku bersalah atas kesemua tuduhan, termasuk rogol, bunuh, menyembunyi mayat dan menggunakan dadah methamphetamine. – AFP