Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Burger cengkerik dalam menu

    BANGKOK, 13 SEPT – Sebuah restoran pop-up di Bangkok menyajikan cengkerik dalam menunya dengan burger pepijat, menunjukkan cara terkini untuk menggabungkan daging kaya protein dalam makanan, terus dari ladang Thailand.

    Setelah menarik perhatian media sebagai alternatif daging, pasaran serangga boleh dimakan itu dijangka berkembang menjadi industri global bernilai bilion dolar dalam tahun-tahun mendatang dengan ramai yang memasukkan binatang merayap itu ke dalam diet mereka akibat kerosakan iklim.

    Bounce Burger Thailand adalah perusahaan cengkerik terkini dengan burger daging cengkerik, sosej, bebola cengkerik malah bar tenaga dan biskut cengkerik.

    “Cengkerik tidak perlu hanya dijual di gerai-gerai jalanan yang hanya disajikan dengan sos soya,” kata Poopipat Thiapairat, pemilik bersama Restoran Bounce Burger.

    “Ia boleh dijual sebagai burger, bakeri, biskut lembut atau disajikan dengan perasa paprika yang biasa digunakan bagi kentang jejari, semua ini boleh dilaksanakan.”

    Cengkerik adalah sumber protein, serta mengandungi pelbagai vitamin bermanfaat, dan antara serangga yang biasa dimakan oleh manusia di seluruh dunia.

    Meskipun begitu, Poopipat mengakui bahawa serangga berkenaan memerlukan perubahan kerana ia ‘tidak mesra pelanggan’.

    “Jika kami membuka restoran dan menyajikan makanan berasaskan cengkerik yang tidak kelihatan seperti cengkerik, pelanggan mungkin terbuka untuk mencubanya,” ujar beliau. – AFP

    Gambar bertarikh 30 Ogos 2022 menunjukkan Pooripat Thiapairat menyediakan burger cengkerik di restorannya di Bangkok. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...