Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Burj Khalifa diselubungi pasir

    DUBAI, 18 MEI – Bangunan tertinggi dunia lenyap di sebalik lapisan abu kelabu hari ini ketika ribut pasir yang melanda Timur Tengah menyelubungi Emiriah Arab Bersatu (UAE), mendorong amaran cuaca dan lalu lintas dikeluarkan pihak berkuasa.

    Burj Khalifa setinggi 828 meter, yang mencuar tinggi melampaui Dubai dan biasanya kelihatan di hab kewangan yang sibuk itu, tenggelam di sebalik kotoran abu yang menyelubungi sebahagian besar negara itu.

    UAE adalah negara terbaharu yang dilanda ribut pasir yang sebelumnya telah menyelubungi Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Iran dan negara lain dalam beberapa hari ini, mendorong lapangan terbang dan sekolah ditutup dan menyebabkan ribuan penduduk dimasukkan ke hospital dengan masalah pernafasan.

    Indeks kualiti udara di bandar ibu negara Abu Dhabi meningkat kepada zon ‘berbahaya’ semalaman, menurut waqi.info dan aplikasi pencemaran Plume.

    Pakar berkata fenomena tersebut mungkin bertambah buruk apabila perubahan iklim menjejas pola cuaca serantau. Pihak berkuasa Emiriah mengeluarkan amaran menggesa penduduk mengambil langkah berjaga-jaga kerana angin kencang telah mengurangkan jarak penglihatan kepada kurang 2,000 meter. – AFP

    Gambar yang diambil kelmarin menunjukkan jerebu menutup pemandangan latar langit bandar Dubai semasa rebut pasir. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...