Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Burkina Faso nafi berlaku rampasan kuasa

    OUAGADOUGOU, 23 JAN – Tembakan berlaku di beberapa berek tentera di Burkina Faso hari ini dan sambungan Internet terganggu, mencetuskan kebimbangan berlakunya rampasan kuasa di negara Afrika barat yang dinafikan kerajaan dengan cepat.

    Pergolakan berlaku dalam tempoh seminggu selepas 12 orang, termasuk seorang pegawai kanan tentera, ditahan kerana disyaki merancang untuk ‘menjejaskan kestabilan’ negara, yang telah digegarkan oleh pemberontakan jihad selama tujuh tahun.

    Penduduk di daerah Gounghin di barat ibu kota Ouagadougou melaporkan tembakan hebat di kem Sangoule Lamizana dan penjara tentera tempat penaha-nan seorang jeneral tentera yang digulingkan.

    “Sejak 1 pagi waktu tempatan, tembakan kede-ngaran di Gounghin yang datang dari kem Sangoule Lamizana,” seorang askar di kawasan tersebut mengesahkan kepada AFP.

    Penduduk tempatan berkata tentera telah keluar dari berek menembak ke udara dan menutup kawasan di sekelilingnya.

    Tembakan kedengaran di berek Baby Sy di selatan ibu negara serta di pangkalan udara berhampiran lapangan terbang, yang turut ditutup oleh tentera balaclavas, menurut penduduk tempatan.

    Terdapat juga tembakan di berek di bandar utara Kaya dan Ouahigouya, beritahu penduduk di sana kepada AFP.

    Sementara itu, perkhidmatan Internet mudah alih terjejas hari ini. – AFP

    Pasukan keselamatan menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka yang berkumpul di Nation Square untuk menyokong tentera di Ouagadougou hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...