‘Burning Flame’ tempangkan mafia

ROM, 18 JULAI – Polis Itali hari ini telah memberkas 19 orang yang disyaki ahli kumpulan jenayah Nigeria, termasuk ketua-ketua klan yang membentuk sekutu dengan mafia-mafia lain dan dengan kejam menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka.

Dalam satu operasi yang dipanggil ‘Burning Flame’, yang diselaraskan oleh polis di Bologna dan Turin, lebih 300 orang anggota polis melaksanakan mencari dan memberkas di sembilan Bandar di seluruh utara Itali, dari Bergamo ke Modena, Parma dan Ravenna.

Siasatan selama dua tahun, dibantu oleh seorang lelaki di dalam kumpulan itu yang memberikan maklumat kepada para penyiasat, telah “membolehkan kami memusnahkan apa yang dikatakan sebagai komuniti Nigeria, kumpulan ‘Maphite’,” menurut kenyataan polis.

“Di antara yang diberkas adalah mereka yang memiliki peranan pemimpin dalam organisasi jenayah itu.

“Orang-orang yang menentukan ahli-ahli baharu, yang menjalankan rangkaian pelacuran, yang mendominasi organisasi jenayah lain secara paksa dan yang menjalankan perniagaan dadah di dataran bandar,” jelasnya. – AFP

Salah seorang ketua kumpulan penjenayah diiringi oleh anggota polis selepas satu operasi anti-mafia di Itali. – AP