Burnley bukan tandingan Reds

LONDON, 6 Dis – Liverpool merapatkan jurang kembali menjadi dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City, dengan bangkit selepas ketinggalan untuk menjadikan keputusan akhir 3-1 menewaskan Burnley.

Chelsea dan Arsenal kini berkongsi 31 mata di kedudukan keempat, lapan mata di depan Manchester United, yang berada di kedudukan kelapan.

Memandangkan prestasi luar biasa City di puncak liga, Liverpool tidak boleh menerima sebarang keciciran di Turf Moor, meskipun Jurgen Klopp melakukan tujuh pertukaran dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino di bangku simpanan dan Sadio Mane terlepas perlawanan itu kerana kecederaan.

Dan kekuatan serangan mereka jelasnya berkurang apabila Liverpool bertungkus-lumus di separuh masa pertama dan ketinggalan di awal perlawanan.

Satu kesilapan besar oleh penjaga gol bernilai 67 juta pound, Alisson Becker, membolehkan Burnley mendapat pendahuluan awal apabila Jack Cork menyudahkan gol menewaskan penjaga gol dari Brazil itu.

Bagaimanapun, pasukan pelawat dengan segera bangkit untuk melebarkan permulaan musim tanpa kalah mereka dalam liga kepada 15 perlawanan.

James Milner menyamakan kedudukan selepas perlawanan memasuki sejam dan kemudian menjadi penyumbang bagi gol Firmino, hanya tiga minit selepas dia dimasukkan, sebelum Xherdan Shaqiri mengesahkan tiga mata buat Liverpool.

“Watak yang kami tunjukkan selepas ketinggalan, bangkit dengan bergaya adalah sesuatu yang kami jangkakan dari pasukan ini. – AFP

James Milner (kanan) ketika menjaringkan gol pertama Liverpool ke atas Burnley dalam saingan Liga Perdana di Turf Moor. – AP