Burnley tumpaskan Norwich, yakin layak ke Liga Europa

NORWICH, 19 JULAI – Burnley meneruskan usaha mereka untuk melayakkan diri dalam Liga Europa mereka ketika penyerang New Zealand, Chris Wood mengilhamkan kemenangan 2-0 menentang sembilan pemain Norwich semalam.

Wood menjaringkan gol di minit-minit akhir separuh masa pertama di Stadium Carrow Road setelah pemain Norwich, Emiliano Buendia dan Josip Drmic dilayangkan kad merah.

Jaringan sendiri Ben Godfrey melanjutkan perlawanan tanpa kalah Burnley kepada tujuh perlawanan tatkala mereka naik ke tangga kesembilan.

Mereka berada satu mata di belakang Tottenham yang berada di tempat ketujuh dalam perlumbaan mereka untuk merebut tempat di Liga Europa musim depan.

Penjaga gawang Burnley Nick Pope sedang bersaing untuk memenangi anugerah sarung tangan emas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Aksi Jay Rodriguez (kiri) berebut bola dengan Lukas Rupp semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Norwich City dan Burnley di Stadium Carrow Road, Norwich, England, semalam. – AP

Dia kini mendahului kedudukan dengan 15 perlawanan tanpa bolos, sementara Ederson dari Manchester City mempunyai 14 perlawanan tanpa bolos.

Norwich dalam perlawanan terakhir mereka sebelum tersingkir dan kembali ke liga Kejuaraan musim depan, telah mencatat penyingkiran kali kelima dari EPL.

Pasukan tercorot Daniel Farke telah tewas dalam 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan ia amat memalukan.

The Canaries gagal menjaringkan gol dalam 19 perlawanan liga musim ini, termasuk 11 daripada 13 perlawanan terakhir mereka.

Mereka adalah pasukan EPL pertama yang tewas dalam lima perlawanan berturut-turut di halaman sendiri tanpa menjaringkan gol sejak Birmingham pada tahun 1922.

Ketika Norwich beraksi dengan 10 orang pemain pada minit ke-35, pemain tengah Argentina, Buendia telah mengasari Ashley Westwood.

Buendia menyiku pemain tengah Burnley di belakang kepala ketika dia cuba bangun setelah kedua-dua mereka bertembung.

VAR memeriksa kejadian itu dan pengadil Kevin Friend menyaksikan tayangan semula di skrin VAR sebelum melayangkan kad merah. – AFP