Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Burnley tundukkan Saints, elak tersingkir

    BURNLEY, UNITED KINGDOM, 22 APRIL – Burnley memperbaiki kedudukan untuk mengelak tersingkir daripada Liga Perdana selepas jaringan menarik Connor Roberts memberi inspirasi kepada kemenangan 2-0 ke atas Southampton kelmarin.

    Pasukan Clarets menang buat kali pertama hasil dua gol menarik menerusi rembatan lencung Roberts dan tandukan Nathan Collins.

    Jaringan Roberts minit ke-12 itu yang pertama untuk Burnley sejak berpindah dari Swansea pada Ogos lalu dan terbukti menaikkan semangat rakan sepasukan.

    Ia hanya kemenangan liga kelima mereka pada musim ini dan perlawanan kedua buat pengurus sementara, Mike Jackson sejak Dyche dipecat pada minggu lalu selepas 10 tahun mengendalikan pasukan tersebut.

    Buat pertama kali sejak 2012, Burnley bermain di laman sendiri tanpa Dyche dan mereka mula berasa gelisah.

    Aksi Connor Roberts (kanan) menjaringkan gol semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Burnley dan Southampton di Turf Moor, Burnley, England. – AP

    Sementara itu, Kyle Walker-Peters dari Southampton melakukan percubaan rembatan yang tersasar dan hanya melakukan sepakan sudut.

    James Ward-Prowse mencipta ruang yang memberikan Oriol Romeu peluang untuk menanduk masuk dalam jarak beberapa inci hampir dengan gawang.

    Roberts meredakan kebimbangan pada minit ke-12 dengan melakukan percubaan hebat, pemain pertahanan Wales itu menyasarkan dari tepi padang dan menjaringkan gol melepasi penjaga gol Saints, Fraser Forster. Wout Weghorst sepatutnya menggandakan gol pendahuluan Burnley beberapa saat kemudian tetapi Forster bertindak menyelamatkan percubaan jarak dekat penyerang tersebut.

    Percubaan Weghorst dinafikan sekali lagi dengan usaha cemerlang Forster ketika Burnley menerima tekanan. Forster adalah satu-satunya pemain yang menjadi penghalang antara Burnley dan gol kedua ketika dia menampar bola Jay Rodriguez kepada Weghorst, yang menanduk masuk bola ke dalam gawang.

    Romeu mensia-siakan peluang keemasan itu untuk menyamakan kedudukan dengan menanduk masuk bola sebelum Forster melakukan satu lagi penyelamatan yang sangat baik daripada percubaan Dwight McNeil. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...