Burns dahului kedudukan PGA

LOS ANGELES, 21 FEB – Sam Burns kekal mendahului dua pukulan di hadapan Matthew Fitzpatrick ketika cuaca gelap dan angin kencang menyebabkan perlawanan pusingan ketiga PGA AS Genesis Invitational ditangguhkan.

Burns mengakhiri pusingan dengan pukulan bogey berturut-turut untuk mencatat kedudukan keseluruhan 10-bawah dengan berbaki lima pukulan apabila matahari terbenam menangguhkan permainan dengan 23 orang pemain golf – termasuk 11 dari kedudukan 14 teratas di senarai pendahulu – ingin menamatkan pusingan ketiga di Riviera Country Club.

“Anda beraksi dengan keadaan angin bertiup tidak seperti yang kebiasaan,” kata Burns.

“Walaupun ketika membuat pukulan mengikut angin ia agak sukar untuk menghentikan bola berada di kawasan lubang. Namun tidak banyak peluang di luar sana.”

Burns menyamai rekod 36 lubang di Riviera pada 12 bawah par 130 untuk mendahului dengan lima pukulan apabila permainan bermula, kemudian tiupan angin telah memaksa perlawanan ditunda selama tiga jam dan 54 minit sebelum ia dapat disambung semula. – AFP