Burns pintas Bradley rangkul kejuaraan pertama

MIAMI, 3 MEI – Sam Burns berjaya menewaskan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Keegan Bradley untuk menguasai padang kelmarin apabila memenangi Kejuaraan Valspar dan merangkul kejuaraan Jelajah PGA AS pertamanya.

Burns membuat pukulan akhir dengan tiga bawah par 68 untuk menamatkan 72 lubang pada 17 par bawah 267 dan menewaskan Bradley dengan tiga pukulan di resort Innisbrook, padang golf Copperhead di Palm Harbor, Florida. Pemain berusia 24 tahun berjaya meraih kemenangan dalam permulaan PGA ke-76 bersama isteri, ibu bapa dan adik-beradiknya di antara mereka yang meraikan kemenangan bersama kedi, Travis Perkins.

“Saya berusaha dengan keras untuk saat seperti ini,” kata Burns sambil mengesat air mata.
“Untuk mendapatkannya di sini, mereka berkorban terlalu banyak untuk saya ketika membesar, ia adalah impian menjadi kenyataan.”

Burns ranking 94 dunia yang sebelum persembahan terbaik dalam karier PGA adalah berada di kedudukan ketiga di Riviera pada Februari, mendahului kedudukan selepas 36 dan 54 lubang di kejohanan sebelumnya tetapi gagal meraih kejuaraan sehingga kini.

“Saat yang berlaku sebelum ini, ia hanya menguji saya dan saya banya belajar daripadanya,” kata Burns.

“Kembali ke padang, Travis dan saya cuba untuk kekal bersaing. Sebelum ini, saya gagal melakukannya. Hari ini saya terus fokus.” – AFP

Reaksi pemain Amerika Syarikat Sam Burns merangkul kejuaraan Valspar Jelajah PGA AS pertama, baru-baru ini. – AP