Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bursa saham Sri Lanka digantung lagi

    COLOMBO, 25 APRIL – Bursa saham Sri Lanka digantung sekali lagi hari ini selepas merosot hampir 13 peratus, sekali gus menjejas pembukaan semula bursa selepas cuti dua minggu bertujuan mengelak kejatuhan pasaran.

    Negara kepulauan itu sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak mencapai kemerdekaan pada 1948, dengan bekalan elektrik terputus yang kerap serta kekurangan makanan dan bahan api.

    Ekuiti telah merosot hampir 40 peratus daripada nilainya sejak januari, dengan mata wang tempatan juga merosot 40 peratus berbanding dolar sejak sebulan lalu.

    Isnin adalah hari pertama perniagaan di bursa saham Colombo sejak cuti Tahun Baharu Sri Lanka selama seminggu dan perniagaan lima hari seterusnya terhenti selepas kerajaan menaikkan kadar faedah dan gagal membayar hutang asing berjumlah AS$51 bilion.

    Indeks tempatan S&P merosot tujuh peratus dalam perniagaan pada pagi, lebih lima peratus yang diperlukan untuk mencetuskan penggantungan automatik setengah jam.

    Saham terus menurun selepas penyambungan semula untuk seketika, mendorong pasaran mengumumkan penggantungan perniagaan untuk hari ini.

    Pegawai Sri Lanka berada di Washington minggu lalu untuk berunding dengan Tabung Kewangan Antarabangsa untuk mendapatkan jaminan keluar, tetapi sumber rasmi berkata tidak adanya prospek untuk menerima pembiayaan kecemasan daripada pemberi pinjaman itu.

    Colombo kini berusaha mendapatkan bantuan dua hala dari India, China dan Jepun untuk membantu mengapungkan ekonomi negara, beritahu sumber kementerian kewangan kepada AFP.

    Krisis ekonomi Sri Lanka mula terasa selepas pandemik koronavirus menjejas pendapatan penting negara daripada pelancongan dan pengiriman, meninggalkan negara gagal membiayai import penting. – AFP

    Seorang buruh bekerja dalam kilang beras di Tissamaharama, daerah Hambantota pada 24 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...