Bursa saham tumpu PKS mula didagangkan

BEIJING, 15 NOV – Bursa saham baharu China menumpukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mula didagangkan di Beijing hari ini, merangsang sokongan firma-firma skala kecil ketika pertumbuhan ekonomi perlahan dan ketika Beijing bertindak keras ke atas syarikat gergasi teknologi tempatan.

Lebih 80 buah syarikat memulakan perdagangan dalam Bursa Saham Beijing, yang dijangka melengkapi dua bursa utama di Shanghai dan Shenzhen yang disediakan untuk perusahaan-perusahaan kecil, yang sudah lama berdepan kesukaran mendapatkan biaya daripada bank-bank.

Media China melaporkan hari ini yang saham 10 syarikat baharu yang disenaraikan dalam bursa itu meningkat lebih 60 peratus, mencetuskan penangguhan sementara.

Pembuat alat ganti auto, Henan Tongxin Transmission Co membuat keuntungan besar, melonjak sekitar 494 peratus semasa ditutup, dan media melaporkan 10 saham baharu meningkat puratanya hampir 200 peratus daripada harga yang diterbitkan.

Namun 71 firma lain yang beralih daripada lembaga yang ada telah menunjukkan prestasi bercampur baur.

Bursa baharu itu sangat penting untuk ‘meningkatkan sokongan kewangan bagi PKS, serta mempromosi kemajuan dipacu inovasi’, kata Yi Huiman, pengerusi bagi Suruhanjaya Pengawal Selia Keselamatan China, semasa majlis pembukaan bursa itu. – AFP

Orang ramai berjalan melintasi Bursa Saham Beijing semasa hari pertama perdagangan di Beijing pada 15 November. – AFP