Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Buruh kontrak daftar kelahiran palsu didenda RM3,000

    IPOH, 18 MEI – Seorang buruh kontrak didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan membenarkan catatan palsu dalam daftar kelahiran seorang anak damit perempuan, dua tahun lepas, di sini, hari ini.

    Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhd Ridzuan Chan Abdullah, 49, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

    Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara empat bulan jika dia gagal membayar denda. Dia membayar denda tersebut.

    Tertuduh didakwa telah membenarkan catatan palsu dalam daftar kelahiran seorang anak damit perempuan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan UTC Ipoh di sini pada 11 pagi, 10 Sept 2020.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1)(c) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

    Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Hisam Saruddin memohon hukuman setimpal dikenakan kerana anak damit tersebut bukan dilahirkan oleh isteri tertuduh sebaliknya rakan isteri tertuduh, seorang warga Indonesia.

    Peguam G Harbhajan Singh dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan ini adalah kesalahan pertama anak guamnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...