Burundi akan umum Ndayishimiye sebagai presiden

BUJUMBURA, BURUNDI, 25 MEI – Pesuruhjaya pilihan raya Burundi menjangkakan akan mengumumkan Evariste Ndayishimiye sebagai presiden seterusnya hari ini, dengan semua petanda menunjukkan calon parti memerintah berada di landasan kemenangan berikutan undian minggu lalu.

Pesuruhjaya Pilihan Raya Bebas Nasional akan meng-umumkan keputusan perlumbaan presiden dan perundangan pada pukul 12 tengah hari waktu setempat.

Keputusan kerajaan tempatan turut dijangkakan hari ini.

Sebahagian keputusan telah diumumkan dalam media setempat dengan menunjukkan Ndayishimiye, jeneral tentera dari CNDD-FDD yang terpilih untuk menggantikan presiden Pierre Nkurunziza, mempunyaiundian tertinggi menentang pesaingnya.

Agathon Rwasa, pemimpin pembangkang, telah menuduh berlakunya salah laku, dengan menyatakan angka awal menunjukkan parti CNL yang diketuainya menuju kekalahan merupakan ‘fantasi’.

Penduduk Burundi beratur pada hari pemilihan presiden baharu Burundi. Pesuruhjaya pilihan raya Burundi menjangkakan akan mengumumkan Evariste Ndayishimiye sebagai presiden seterusnya. – AFP

Menurut perkiraan AFP yang merangkumi 105 daripada 119 bandar, Ndayishimiye memperoleh majoriti pada 101, dan sekurang-kurangnya seorang meraih 99.9 peratus undian.

Dalam empat masyarakat di mana beliau ditewaskan, Ndayishimiye menarik sokongan tidak kurang dari 43 peratus.

Rwasa dan CNL, sementara itu, berjaya meraih 24.6 peratus di Kabezi, kubu kuat bersejarah di Barat Bujumbura bagi parti pembangkang, yang mengatakan beberapa pegawainya diganggu dan ditahan pada hari pengundian.

Ahli politik veteran menarik ramai orang sepanjang kempennya, sama seperti parti pemerintah, walaupun timbul kebimbangan mengenai pandemik koronavirus. – AFP