Burung FeiFei maskot rasmi sukan Para Asia 2022 dilancarkan

HANGZHOU, CHINA, 20 APRIL – Maskot rasmi bagi Sukan Para Asia ke-4 telah diumumkan kepada dunia semasa satu upacara yang diadakan secara dalam talian.

Burung Feifei (disebut Fay Fay dalam Bahasa Inggeris) yang menawan dan optimis adalah didasarkan kepada satu motif umum bagi seekor “burung kudus” dalam pra sejarah Budaya Liangzhu bagi Hangzhou. ‘Burung kudus’ itu adalah pengarak bagi berita baik dan utusan bagi budaya dan kebahagiaan di dalam budaya Cina.

‘Fei’ yang pertama bermaksud terbang, yang merujuk kepada keterangkuman, rasa hormat dan persaudaraan bagi masyarakat. ‘Fei’ kedua pula melambangkan ketabahan bagi atlet yang mempunyai kecacatan anggota yang mengejar impian mereka.

Satu tanda pada muka maskot itu menyerupai huruf “i”, satu rujukan kepada “kota pintar” bagi Hangzhou yang merupakan sebuah hab penting di dalam internet China.

Sebentuk cincin pada dadanya yang terdiri daripada 45 titik adalah simbol bagi pertemuan yang menggembirakan bagi semua ahli Jawatankuasa Paralimpik Asia.

Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia Majid Rashed meraikan acara itu dengan sepucuk surat perutusan tahniah.

“Kami sangat gembira bahawa maskot itu telah dilancarkan lebih awal menjelang temasya Sukan itu agar dapat membina keghairahan di seluruh Asia,” kata beliau. – Bernama