Burung kondor Andean terbang 99% tanpa mengepakkan sayap?

WASHINGTON – Satu kajian baharu mendapati betapa efisiennya burung yang terbang tinggi di dunia meredah angin untuk terus berada di ketinggian selama berjam-jam tanpa mengepakkan sayapnya.

Burung kondor Andean mempunyai lebar sayap sehingga 10 kaki dan berat sehingga 33 paun, menjadikannya burung yang terbang paling tinggi masih hidup hari ini.

Buat pertama kalinya, sekumpulan saintis mengikat peralatan rakaman yang mereka sebut ‘daily diaries’ ke badan lapan burung kondor di Patagonia untuk merakam setiap kepakkan sayap selama lebih daripada 250 jam waktu ia terbang.

Luar biasa, burung itu menghabiskan hanya 1 peratus dari waktunya untuk mengepakkan sayap ketika terbang, kebanyakannya semasa ia baru hendak terbang.

Seekor burung terbang lebih daripada lima jam, meliputi lebih dari 100 batu, tanpa mengepakkan sayapnya.

Seekor burung kondor Andean terbang di atas padang rumput Patagonian di Argentina. Bagi burung, langit tidak kosong, tetapi terbang mengikut hembusan angin, arus udara dan aliran udara yang didorong seperti gunung. – AP

“Kondor adalah pakar juruterbang tetapi kami tidak menyangka ia akan sangat menarik,” kata Emily Shepard, pengarang bersama kajian dan ahli biologi di Universiti Swansea di Wales.

Hasilnya diterbitkan pada Isnin lalu dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

“Penemuan mendapati ia pada dasarnya hampir tidak pernah mengepakkan sayapnya dan hanya terus terbang tinggi,” kata David Lentink, seorang pakar burung terbang di Universiti Stanford, yang tidak terlibat dalam penyelidikan.

Bagi burung, langit tidak kosong, tetapi pemandangan yang tidak dapat dilihat, hembusan angin, arus udara dan aliran udara yang mendorong angin menolak ke atas seperti gunung.

Belajar mengharungi arus udara membolehkan beberapa burung melakukan perjalanan jarak jauh sambil meminimumkan usaha mengepakkan sayapnya.

Para saintis yang mengkaji haiwan terbang secara amnya mempertimbangkan dua jenis caranya untuk terbang: mengepakkan sayang untuk terbang dan terbang secara melambung.

“Perbezaannya dapat dibandingkan dengan mengayuh basikal untuk mula, berbanding menuruni bukit,” kata Bret Tobalske, pakar burung terbang di Universiti Montana, yang tidak terlibat dalam kajian ini.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bangau putih dan osprey masing-masing mengepak menggunakan sayap sebanyak 17 peratus dan 25 peratus.

“Kemahiran burung kondor Andean condor melonjak sangat penting memerlukan berjam-jam sehari mengelilingi gunung tinggi mencari makanan,“ kata Sergio Lambertucci, pengarang bersama kajian dan ahli biologi di Universiti Nasional Comahue di Argentina.

“Apabila anda melihat burung kondor berputar, ia memanfaatkan ketinggian itu atau hembusan udara hangat,” katanya.

Alat rakaman diprogram untuk jatuh dari burung setelah kira-kira seminggu. Mengambilnya tidak begitu mudah.

“Kadang-kadang peranti jatuh ke sarang di tebing besar di tengah pergunungan Andes, dan kami memerlukan tiga hari untuk sampai ke sana,” kata Lambertucci. – AFP