Burung terancam ‘pulang’ selepas empat dekad pupus

SEOUL, 22 Mei – Seekor burung terancam telah diperkenalkan semula ke kehidupan liar oleh pihak berkuasa Korea Selatan hari ini, empat dekad selepas ia pupus di semenanjung.

Burung yang dinamakan sebagai crested ibis itu disenaraikan sebagai nombor 198 dalam Monumen Kebangsaan Korea Selatan namun kali terakhir dilihat pada tahun 1979 di Zon Bebas Tentera yang memisahkan semenanjung itu.

China dan Jepun juga sebahagian daripada banjaran semula jadi spesies-spesies, namun spesies itu didorong ambang kepupusan – sebahagiannya kerana racun perosak yang digunakan untuk menghapuskan sumber makanannya – sehingga program pembiakan dalam kurungan ditubuhkan.

Bermula dengan burung-burung yang didermakan oleh Beijing, bilangan haiwan ternakan Korea Selatan itu telah mencecah 363, dan kementerian alam sekitar berkata 40 daripadanya telah dipilih dan dibebaskan ke tanah lembap Upo 350km dari tenggara Seoul.

Spesies itu – nama Latinnya Nipponia nippon – juga dikenali sebagai crested ibis di Jepun namun lebih terkenal di Korea Selatan yang dijadikan sebagai lagu popular kanak-kanak pada tahun 1920an apabila Korea di bawah pemerintahan kolonial Jepun. – AFP

Burung dinamakan crested ibis yang dibiakkan di pusat pemulihan terbang ketika dibebaskan ke hutan tanah lembap Upo di Changnyeong, 350km tenggara Seoul pada 22 Mei. – AFP