Tuesday, August 9, 2022
29.7 C
Brunei

BUSA dedah ahli mengenai perubahan iklim

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai strategi Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei, Persatuan Brunei-Amerika Syarikat (BUSA) dan Green Brunei dengan kerjasama Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS) telah mengadakan ceramah maya yang dihadiri oleh 100 orang peserta dari latar belakang profesional yang berbeza.

Acara maya yang berlangsung pada 13 April lalu berkenaan bertujuan untuk berkongsi maklumat berharga tentang bagaimana dunia dan khususnya Brunei berhasrat untuk menangani bencana yang akan berlaku nanti.

Dalam ucapan pembukaannya, Pegawai Hal Ehwal Awam Kedutaan AS di Brunei Darussalam, Jeffrey Barrus berkata bahawa krisis iklim juga merupakan krisis lautan dan AS komited untuk memperjuangkan sasaran global yang bercita-cita untuk pemuliharaan lautan, termasuk memulihara atau melindungi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada lautan secara global menjelang 2030.

Ceramah telah disampaikan oleh Ir Ahmad Zaiemaddien bin Pehin Dato Haji Halbi yang kini mengetuai BCCS di Kementerian Pembangunan.

Dalam peranan itu, beliau bertanggungjawab ke atas pelaksanaan 10 strategi utama yang ditetapkan di bawah Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei dan merupakan wakil negara kepada UNFCCC.

Ceramah maya itu disusuli dengan sesi soal jawab selama 10 minit dan diakhiri dengan tayangan video mengenai perubahan iklim dan kuiz yang diketuai oleh wakil Green Brunei, Awang Muhammad Saifulbahri bin Bahrin.

Presiden BUSA, Dayang Salimah binti Haji Saim berkata, dalam perkongsian maklumat penting mengenai perubahan iklim, BUSA berharap dapat mendedahkan ahlinya terutamanya generasi muda tentang peranan dalam melindungi dan memulihara iklim.

Antara yang menyertai forum mengenai perubahan iklim yang berlangsung secara maya, baru-baru ini. – Gambar serahan BUSA
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -