Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Butik Fitri Haris terselamat

    Insiden kebakaran Wisma Jakel di Shah Alam sekali lagi menjadi perhatian apabila bangunan tersebut kembali dijilat api pada pagi Selasa.

    Menerusi video yang tular, kebakaran itu dilihat berhampiran dengan butik milik penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris iaitu Al Mukarramah yang sebelum ini turut 80 peratus terbakar. Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris, 38, bagaimanapun memberitahu kebakaran kedua itu tidak melibatkan butik miliknya.

    “Kejadian hari ini di bahagian atas dan tidak melibatkan kedai saya, ia ditingkat atas premis Bank Simpanan Nasional (BSN). Buat masa sekarang, kejadian masih dalam tempoh siasatan kerana melibatkan litar pintas dan juga kebakaran dari Wisma Jakel,” katanya kepada mStar.

    Mengulas lanjut mengenai kebakaran tersebut, Fitri memaklumkan dia mengalami kerugian dianggarkan ratusan ribu ringgit namun semua masih lagi dalam siasatan.

    “Sebelum ini staf hanya sempat keluarkan baju-baju dan juga duit, yang lain semua habis terbakar. Anggaran masih belum dapat dipastikan lagi, sebab stok untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dah masuk mungkin dalam ratusan ribu juga.

    Fitri Haris tanggung kerugian ratusan ribu ringgit. – Agensi

    “Boleh dikatakan sangat rugi. Ketika ini kami masih lagi dalam proses kemas kini,” katanya.

    Tambah Fitri, dia tidak pasti bila butik berkenaan dapat kembali beroperasi namun ketika ini dia hanya mahu lebih fokus kepada tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan-pelanggannya.

    Selain itu, Fitri akan memulangkan kembali wang pelanggan selepas tempahan mereka hangus dijilat api.

    “Kita cuba untuk buka semula, memandangkan sales banyak berlaku pada bulan Ramadan dan juga Hari Raya. Saya tak berani nak cakap sempat atau tidak untuk buka semula kerana kita dalam proses kemas kini sekarang ini.

    “Tapi kami ada satu lagi kedai yang tidak terjejas. Jadi sekarang ini kami fokus nak selesaikan mana yang dah buat tempahan. Mana yang dah tak ada stok kami terpaksa pulangkan semula duit.

    “Saya rasa mungkin ambil masa untuk beroperasi semula, mungkin setengah tahun untuk kembali pulih sepenuhnya melainkan kami pindah ke bangunan lain.

    “Kami masih belum berbincang lagi untuk berpindah kerana nak mencari tempat lain pun memerlukan kos yang banyak,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...