Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Butler bantu Miami benam Boston

    MIAMI, 18 MEI – Jimmy Butler menjaringkan 41 mata ketika Miami Heat mencipta kebangkitan hebat untuk menewaskan Boston Celtics 118-107 dalam pertembungan pembukaan siri akhir Eastern Conference kelmarin.

    Butler mendahului pada separuh masa kedua dengan mengubah defisit lapan mata separuh masa kepada pendahuluan dua angka menentang pasukan Celtics yang buntu di FTX Arena Miami.

    Ketinggalan 62-54 pada waktu rehat, Miami mengatasi Celtics 39-14 pada suku ketiga untuk mencipta kemenangan yang memberikan pilihan utama Eastern Conference itu mendahului 1-0 dalam siri tujuh terbaik.

    Jaringan mata Butler di bantu oleh rakan sepasukan Tyler Herro, dengan 18 mata, dan Gabe Vincent dengan 17 mata.

    Kemenangan itu juga cipta daripada usaha pertahanan Miami yang kental pada separuh masa kedua, dengan Heat menutup ruang pemain Boston, Jayson Tatum dan memaksa beberapa serangan balas penting dan 11 hadangan sepanjang permainan. – AFP

    Reaksi Butler dari Miami Heat semasa perlawanan pertama pusingan akhir Eastern Conference play-off NBA 2022 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...