BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Pasukan TelBru Buttercrunch muncul juara dalam Pertandingan Kuiz Antara Jabatan TelBru ke-2 yang diadakan di Hotel Orchid Garden, di sini, baru-baru ini.
Hadir bagi menyerahkan hadiah-hadiah kepada pemenang kuiz ialah Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Kay.
Menurut kenyataan di sini, pertandingan berkenaan bertujuan untuk menguji pengetahuan setiap kakitangan TelBru mengenai produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan proses-proses TelBru yang disediakan kepada orang awam.
Empat pasukan telah mara ke pertandingan akhir setelah bersaing di peringkat awal yang mana berjaya menjawab soalan-soalan kuiz termasuk mengenai kenaikan taraf jalur lebar terkini kepada pemasangan WiFi seluruh negara dan inisiatif TelBru Smart Nation.
Sejumlah 14 pasukan telah mengambil bahagian pada pertandingan kuiz produk tahun ini yang antara lain bertujuan bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran berterusan terhadap latar belakang persaingan persahabatan di samping mempromosi kefahaman objektif berteraskan pelanggan dalam kalangan kakitangan TelBru.
Selain itu ia juga diadakan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggan TelBru secara umumnya.
