Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Buzz Aldrin kahwin lagi pada usia 93 tahun

    WASHINGTON, 22 JAN – Bekas angkasawan NASA, Buzz Aldrin, 93, telah berkahwin buat kali keempat, lapor agensi akhbar Jerman (DPA).

    “Saya dengan sukacitanya mengumumkan saya sudah berkahwin dengan kekasih hati saya, Dr Anca Faur,” tulis Aldrin di Twitter baru-baru ini.

    Majlis perkahwinan itu diadakan secara tertutup di Los Angeles. 

    Aldrin telah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum ini dan mempunyai tiga orang anak.

    Beliau menyertai misi Apollo 11 pada tahun 1969, menjadi individu kedua yang berjaya menjejakkan kaki ke bulan selepas Neil Armstrong. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 20 Julai 2019 menunjukkan Aldrin (kiri) dan Anca Faur tiba di Pusat Angkasa Kennedy. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...