Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BWF dedah jelajah baru, hadiah tunai dinaikkan

    KUALA LUMPUR, 19 Mac – Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini telah mengumumkan satu struktur kejohanan yang baru, dengan peningkatan hadiah tunai, ketika ia mahu meningkatkan profil sukan dan meningkatkan keuntungan.

    Siri jelajah baru itu, yang akan menampilkan enam peringkat, akan bermula tahun depan dan berjalan sehingga 2021, dengan sekurang-kurangnya satu juta dolar hadiah tunai untuk direbuti dalam setiap satu daripada empat kejohanan utamanya.

    Presiden persekutuan, Poul-Erik Høyer telah mengumumkan perubahan itu susulan mesyuarat majlis BWF di Kuala Lumpur, berkata: “masanya sudah tiba bagi badminton terbang lebih tinggi.”

    “Matlamat utama kami adalah untuk mempersembahkan sukan ini ke tahap lebih tinggi dari segi persembahan dan kompetitifnya, bagi meningkatkan liputan televisyen bagi sukan dan meningkatkan kualiti bintang serta populariti pemain terbaik dunia,” tambahnya.

    Peringkat 1 akan diadakan di China akan menampilkan hadiah tunai sebanyak AS$1.5 juta, sementara tiga kejohanan Peringkat 2 akan diadakan di China, England dan Indonesia akan menawarkan hadiah sejuta dolar, menurut kenyataan BWF.

    Akan Terdapat lima kejohanan Peringkat 3 dengan hadiah bernilai AS$700,00, dan tujuh kejohanan Peringkat 4 dengan hadiah AS$350,000 untuk dimenangi dan 11 kejohanan Peringkat 5 (AS$150,000).

    Jelajah itu akan melibatkan kira-kira 37 kejohanan, termasuk Peringkat 6 akan menjadi kategori terbuka, di mana ahli-ahli persatuan di bawah BWF boleh mendapatkannya dengan kelulusan.

    Sukan itu bergelut untuk mendapat populariti dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tewas kepada pesaing yang lebih terkenal seperti NBA, bola sepak dan tenis.

    Pungutan mata, periklanan, bulu tangkis dan malah warna gelanggang yang baru juga menjadi pertimbangan ketika badminton dilihat mahu mengubah imejnya dan tampil menonjol dalam era digital ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda