Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    BWF naikkan status Terbuka M’sia

    KUALA LUMPUR, 20 JUN – Langkah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menaikkan status Terbuka Malaysia daripada Jelajah Dunia Super 750 kepada Super 1000 bermula tahun hadapan hingga 2026, sememangnya satu pengiktirafan besar bagi arena badminton Malaysia.

    Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan BWF menaikkan taraf Terbuka Malaysia menandakan Malaysia kini setanding dengan kuasa elit badminton di peringkat antarabangsa, bersama dengan All England, Terbuka Indonesia dan Terbuka China.

    “Ini pastinya memberi peluang besar kepada pemain Malaysia untuk menyerlah dalam kejohanan berprestij di tanah air,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

    Bukan itu sahaja, Mohamad Norza berkata BAM akan menjalin kerjasama dengan penaja utama, Petronas untuk memastikan Terbuka Malaysia akan menjadi kejohanan yang berjaya untuk tahun-tahun akan datang.

    Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Hann menyifatkan status baharu Terbuka Malaysia itu sebagai berita baik untuk sukan itu selain perlu melihat kehadiran pemain terbaik dunia yang lebih memberangsangkan dalam kejohanan tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...