Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    BWPC gambarkan kekayaan hidupan liar Brunei

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS– Seramai 41 orang peserta telah bertanding dalam beberapa kategori Cabaran Fotografi Kehidupan Liar Brunei (BWPC) 2022 dan para pemenangnya telah menerima hadiah masing-masing pada majlis yang berlangsung di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab.

    Pertandingan itu mempertandingkan beberapa kategori dengan Kategori Foto Spesies Burung dijuarai oleh Awang Abdul Hamid bin Haji Abdul Rahman, tempat kedua ialah Awang Asmali bin Asli dan tempat ketiga ialah Ian Anthony Echual.

    Kategori Foto Spesies Reptilia dijuarai oleh Haji Muhammad Fauzan bin Haji Jamahat, diikuti oleh Haji Mohamed Ismail bin Haji Metussin di tempat kedua dan Haji Muhammad Fauzan bin Haji Jamahat di tempat ketiga.

    Kategori Foto Spesies Mamalia dijuarai oleh Awang Markim bin Haji Rahman, dengan Ricardo Jr Agrano Portuguez dan Haji Rusdi bin Haji Abdul Latif masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Hajah Tutiaty menyaksikan pameran foto yang memenangi hadiah pada majlis yang berlangsung di KSSUP, kelmarin.

    Sementara itu, Kategori Video Klip dijuarai oleh Abdul Hamid bin Haji Abdul Rahman yang juga memenangi tempat kedua dan Ricardo Jr Agrano Portuguez di tempat ketiga.

    Di samping itu, beberapa kategori khas turut dipertandingkan dengan Jurufoto Hidupan Liar Terbaik 2022 dimenangi oleh Haji Muhammad Fauzan bin Haji Jamahat, peserta yang menghadapkan jumlah spesies terbanyak dimenangi oleh Chong Sey Lo dan peserta yang menghadapkan spesies paling unik dimenangi oleh Garnet Pitta.

    BWPC telah berlangsung pada 3 Mac hingga 4 Jun bersempena dengan Hari Hidupan Liar Sedunia 2022 di mana ia dianjurkan bersama oleh Jabatan Perhutanan dan Syarikat Yi An Photo Studio.

    BWPC bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian hidupan liar di hutan negara, di samping menghayati kepentingan pemuliharaan hidupan liar dalam mengekalkan ekosistem.

    Selain daripada itu, ia turut menggambarkan kekayaan hidupan liar yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...