Byton kukuhkan persaingan

WASHINGTON, 12 Jun – Syarikat baharu pengeluar kereta elektrik yang beribu pejabat di China, Byton telah mengumpul AS$500 juta ketika ia mengukuhkan usaha untuk bersaing dengan saingan-saingannya seperti Tesla.

Modal baharu Byton didahului oleh FAW Group, Tus-Holdings, CATL dan yang lain, menurut kenyataan dari ibu pejabatnya di Amerika Utara, di California semalam.

“Kejayaan pembiayaan ini menunjukkan bagaimana kepelbagaian pelabur-pelabur strategik boleh seterusnya meluaskan lingkaran rakan-rakan Byton dan meluaskan peluang pembangunan kami,” kata presiden dan pengasas bersama, Daniel Kirchert.

“Byton membentuk tanda aras baharu bagi syarikat automobil dengan empat perkara penting mesti ada iaitu teknologi, produk, modal dan kilang.”

Awal tahun ini, syarikat itu telah mendedahkan wawasannya pada Pameran Elektronik Pengguna bagi kereta ‘intuitif dan pintar untuk pasaran sejagat yang bermula tahun depan dari kira-kira $45,000.

Byton diterajui oleh bekas eksekutif-eksekutif dari Tesla, BMW, Apple dan Goggle dan dijangka akan dilancarkan di China menjelang 2019 dan di AS dan Eropah menjelang 2020. – AFP