Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    C-Class baharu lebih sportif

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Mercedes-Benz C-Class serba baharu dengan reka bentuk lebih bergaya dan sportif telah diperkenalkan di samping model E-Class facelift di
    Mercedes-Benz Autohaus, Jati Transport Sdn Bhd, Beribi, hari ini.

    Menurut kenyataan dikeluarkan, dengan teknologi terkini, C-Class telah menjadi mo-del terlaris sehingga hari ini, di mana sejak awal pengenalannya sebagai 190, lebih 10.5 juta Mercedes-Benz C-Class telah dihantar di seluruh dunia.

    C-Class dikuasakan enjin petrol empat silinder 1.5L yang menjana 201hp dan tork 200Nm.

    Kuasa disalurkan kepada roda dengan transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic.

    Ia boleh memecut daripada sifar hingga 100kmsj dalam masa hanya 7.3 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 246kmsj. Penggunaan bahan apinya berada pada kadar 6.2 hingga 6.6L untuk setiap 100km.

    Model C-Class serba baharu yang kini dipamerkan di Mercedes-Benz Autohaus.
    Ruang dalaman model C-Class serba baharu yang tampak mewah dan elegan.

    Dari segi rekaan, C-Class ditawarkan dalam kemasan Avantgarde bergantung pada model-model. Secara keseluruhannya, rekaan C-Class menerima inspirasi daripada model S-Class dengan lampu depan yang halus dan lampu belakang yang menonjol, namun saiznya dikecilkan.

    Bergantung pada model, C-Class menggunakan gril louvre menegak dengan elemen hiasan tambahan pada rekaan louvre, gril dan apron depan yang tampil dalam kemasan berwarna krom. Ciri luaran lain yang membezakan varian ini dengan C 300 ialah penggunaan rim aloi ringan lima jejari bersaiz 18 inci.

    Wakil Media Permata berpeluang menyaksikan sendiri keemasan di bahagian dalam kereta berkenaan di mana varian C-Class menampilkan beberapa ciri sama seperti pencahayaan ambien dengan pantulan logo jenama, panel ambang pintu dengan tulisan Mercedes-Benz yang bercahaya, penutup tingkap jenis bergulung untuk tingkap kiri dan kanan bahagian belakang, cermin pandang belakang dengan pemalap automatik, penutup tingkap belakang elektrik dan keyless-go.

    Model C-Class menggunakan sistem navigasi premium dan sistem informasi hiburan MBUX dengan paparan bersaiz 11.9 inci. Sistem ini datang dengan fungsi pengesan cap jari, Mercedes me, informasi trafik secara langsung, selain boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Paparan kluster instrumen pula bersaiz 12.3 inci.

    Sementara itu, E-Class 200 Sedan facelift pula, untuk pertama kali model berkenaan dilengkapi MBUX dengan dua skrin sesentuh berukuran 13 inci.

    Generasi ke-10 ini membawa beberapa perubahan terkini yang menampilkannya lebih bergaya dan sportif.

    Orang ramai atau peminat kereta Mercedes Benz, boleh datang mengunjungi Mercedes Benz Autohaus di Beribi atau menghubungi bilik pameran untuk tempahan pandu uji.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...