Cabar diri jadi penyanyi

Sering tampil dengan lagu yang menjadi pilihan penerbit drama sebagai runut bunyi, penyanyi dan komposer, iR Radzi, tidak pernah terfikir untuk merampas kedudukan sesiapa.

Bagi pemilik nama lengkap Mohamad Shah Riadzi Jamali itu, rezeki setiap individu sudah tertulis dan dia hanya berusaha memberikan yang terbaik setiap kali tampil dengan karya terbaharu.

iR Radzi berkata, dia cuma berharap setiap karya yang dihasilkannya diterima baik pendengar, sekali gus melonjakkan semangatnya untuk terus mencabar diri sebagai komposer dan penyanyi.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu bersyukur, single terbaharunya, Hanya Milikmu turut menjadi pilihan penerbit untuk menghiasi drama Setelah Ku Dimiliki, selain Empat Penjuru.

Ir Radzi mula menyerlah menerusi lagu ciptaannya, Sempurna pada 2015 yang menjadi lagu tema drama Teman Lelaki Upahan siaran TV3. Tahun lalu, dia muncul dengan lagu Stay yang melatari drama seperti Cinta Roller Coaster, Biar Aku Jadi Penunggu dan Cikgu Dina Pakai Prada. – Agensi

Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu bersyukur, single terbaharunya, Hanya Milikmu turut menjadi pilihan penerbit. – Agensi