Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabaran besar Nintendo ‘Switch’: Pancing pemain baru

    NEW YORK – Dengan mempunyai tiga orang kanak-kanak dan sering membuat pelayaran untuk urusan pekerjaan, John Hussey kini dapat berpeluang untuk bermain permainan pengembaraan dunia sebenar seperti ‘The Legend of Zelda: Breath of the Wild’ di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

    Selepas dia mendengar mengenai Nintendo ‘Switch’, sebuah mesin permainan hibrid yang berfungsi sebagai satu alat konsol di rumah dan juga tablet mudah alih, Hussey telah menempah sebuah Nintendo ‘Switch’ pada bulan Januari walaupun tertangguh lama dalam penerimaannya, apabila permainan terbaru Nintendo itu mula diperkenalkan.

    Nintendo perlu mempunyai pemain lama yang ramai seperti Hussey untuk menebus dirinya sebagai pembuat konsol itu, selepas sekian lama ditenggelami oleh Microsoft dan Sony dalam peperangan permainan konsol. Tetapi Nintendo juga perlu mempunyai pemain baru yang ramai, yang telah berpuas hati dengan permainan di telefon pintar dan tidak terbayang untuk membeli sebuah mesin permainan yang bernilai AS$300.

    Dan dalam usaha untuk membawa ramai penonton dan pembeli, Nintendo membuat risiko untuk tidak menjadi yang terbaik dalam memberikan khidmat kepada semua orang.

    Mempunyai tiga nyawa

    ‘Switch’ adalah seperti mesin tiga dalam satu. Alat kawalan wayarlesnya dapat disambungkan kepada alat tablet permainan yang dapat digenggam tangan. Boleh membawa tablet permainan itu ke acara perkumpulan bersama rakan-rakan, dan anda dapat meletakkannya di atas meja dengan sangga khas dan menanggalkan alat kawalan itu untuk digunakan sebagai satu peranti yang dapat berfungsi dengan sendirinya.

    David Flores (kanan) dan isterinya Nao Imoto menunjukkan Nintendo ‘Switch’ di kedai runcit Bic Camera. – AP
    David Flores (kanan) dan isterinya Nao Imoto menunjukkan Nintendo ‘Switch’ di kedai runcit Bic Camera. – AP
    Pekerja daripada peruncit elektronik Bic Camera yang menjual Nintendo ‘Switch’ di pusat bandar Tokyo. – AP
    Pekerja daripada peruncit elektronik Bic Camera yang menjual Nintendo ‘Switch’ di pusat bandar Tokyo. – AP

    Sekembali ke rumah, gelongsorkan tablet itu ke dalam stesen doknya dan menanggalkan alat kawalan itu ke dalam aksesori cengkaman dan anda mempunyai konsol permainan lama yang disambungkan ke televisyen. Dengan setiap ‘switch’ – anda dapat memahaminya? – anda boleh meneruskan permainan dari mana anda berhenti bermain.

    “Dengan mengetahui yang saya boleh bermain permainan ‘Zelda’ di rumah dan semasa perjalanan, pada peringkat kehidupan saya ini adalah penting,” kata Hussey, wakil jualan dari Bloomington, Indiana. “Saya tidak boleh duduk di rumah dan bermain permainan selama 70 jam, tetapi jika saya berada di dalam kapal terbang atau hotel, ia sesuai untuk saya.”

    Permainan ‘Zelda’ terbaru ini adalah penjualan yang terbesar semasa majlis perasmiannya, walaupun Nintendo juga cuba untuk mengeluarkan parti koleksi permainan yang dinamakan ‘1-2-Switch.’ Nintendo berkata lebih daripada 80 jenis permainan sedang dibangunkan, termasuk ‘Super Mario Odyssey’ dan permainan teka-teki ‘Sinpperclips: Cut it Out, Together.’

    Mainan tamat … Cuba lagi

    Nintendo Wii diperkenalkan pada tahun 2006 dengan menggunakan kawalan gerakan dalam permainannya dan ia merupakan satu kejayaan yang besar, memaksa Microsoft dan Sony untuk bertindak balas dengan membina alat kawalan mereka yang tersendiri. Tetapi pengganti Wii pada tahun 2012, Wii U, membuktikan bahawa ianya tidak mengecewakan. Orang ramai menganggapnya terlalu mahal pada harga AS$300, terutamanya ia hanya mempunyai variasi permainan yang sedikit.

    Pembeli menunggu di luar kedai runcit Bic Camera untuk membeli Nintendo ‘Switch’ di pusat bandar Tokyo. – AP
    Pembeli menunggu di luar kedai runcit Bic Camera untuk membeli Nintendo ‘Switch’ di pusat bandar Tokyo. – AP
    Pembeli beratur di luar kedai runcit Bic Camera untuk membeli Nintendo ‘Switch’. - AP
    Pembeli beratur di luar kedai runcit Bic Camera untuk membeli Nintendo ‘Switch’. – AP

    Sejak itu, pembuat permainan video Jepun telah menghadapi pelbagai jenis rintangan. Modul permainan retronya iaitu ‘NES Classic’ adalah permainan yang ‘sangat hangat’ di pasaran sebagai hadiah percutian, tetapi ia sangat sukar untuk didapati semasa musim itu. Manakala permainan sensasi ‘Pokemon Go’ di telefon pintar mendapat reaksi yang menggalakkan, tetapi ia tidak dibangunkan untuk permainan konsol. Permainan iPhone ‘Super Mario Run’ pula kurang memberangsangkan dimana harganya AS$10 telah dikecam oleh pengguna. Ia juga tidak dapat diperolehi dalam sistem Android sehingga akhir bulan ini.

    Switch mewakili harapan baru. Nintendo meramalkan jualan sebanyak dua juta unit pada bulan pertama. Penganalisis IDC, Lewis Ward, menganggarkan Nintendo akan menghantar lapan juta dalam tempoh setahun – lebih baik daripada Wii U, walaupun tidak sebanyak Wii.

    Berbilang pemain

    Dengan Switch, Nintendo berharap “untuk mencapai pemain, keluarga dan kami juga berharap untuk mencapainya kepada orang-orang yang tidak pernah bermain permainan video sebelum ini,” kata pengarah urusan eksekutif Nintendo, Shinya Takahashi. “Matlamat sebenar-benarnya buat Nintendo Switch ini adalah agar ia dapat disampaikan kepada seramai pengguna yang boleh.”

    Perubahan ini melibatkan ciri-ciri permainan. Nintendo membangunkan permainan mini dalam ‘1-2 Switch’ agar pemain dapat bermain bersama lawan mereka semasa mereka manarik senapang dan sebagainya.

    Pemaju Nintendo ‘Switch’, Yoshiaki Koizumi berkata beliau mahu permainan ini mencerminkan asal usul Nintendo sebagai sebuah syarikat kad permainan pada tahun 1880-an. Nintendo mahu menyatupadukan orang ramai, dan “salah satu cara terbaik untuk dilakukan dalam memberi peluang kepada mereka untuk menyalurkan ekspresi masing-masing,” sama seperti permainan kad, katanya.

    Andrew Maher, seorang tukang masak di Columbia, Missouri, berharap untuk bermain bersama teman wanitanya, sesuatu yang mereka tidak pernah lakukan dalam telefon pintar. Beliau berkata ‘Switch’ ini “seperti satu pengalaman kumpulan yang menyeronokkan.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda