Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Cabaran larian Bukit Saeh semarakkan sambutan Hari Keputeraan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Dengan catatan masa 1 jam 28 saat, Awang Mohd Shah Azhar bin Abdullah Ahar telah muncul juara Kategori Lelaki Terbuka (6km) Bukit Saeh Trail Run Challenge 2022 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, pagi tadi.

    Manakala itu, Awang Shamsul Effendy bin Haji Sulaiman pula menjuarai Kategori Lelaki Veteran (6km) dengan catatan masa 1 jam 1 minit 44 saat dan Ting Chew Poh menjuarai Kategori Lelaki Senior Veteran (6km) dengan masa 1 jam 13 minit 30 saat. 

    Bagi Kategori Perempuan Terbuka (4Km), juara disandang oleh Rita LWS dengan masa 51 minit 46 saat dan Bay Luke memenangi Kategori Perempuan Veteran (4km) dengan masa 51 minit 41 saat. Kategori Perempuan Senior Veteran (4km) pula dimenangi oleh Airince Liam dengan masa 51 Minit 36 saat.

    Selain itu, Kategori Fun Run Lelaki (4km) dan Fun Run Perempuan (4km) turut sama memeriahkan acara cabaran.

    Pemenang bagi kategori terbuka, veteran dan senior veteran masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai $150, piala, medal dan sijil. Hadir menyampaikan hadiah selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

    Awang Mohd Shah Azhar turut membawa pulang wang tunai sebanyak $300 dan piala rebutan selepas dinobatkan sebagai Raja Bukit Saeh manakala itu, Airince Liam menerima wang tunai $200 dan piala rebutan Ratu Bukit Saeh.

    Para peserta bersedia untuk memulakan larian.
    Para pemenang salah satu kategori yang dipertandingkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...