Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabaran melompat tiang tinggi di Frisian, Belanda

    BELANDA – Dalam usia 22 tahun, pelompat tempatan negara itu, Sytse Bokma semakin berada di kemuncak kegemilangannya setelah berjaya mengegarkan tiang sepanjang 13 meter sebelum kehilangan cengkamannya dan terjatuh ke sungai dengan percikan yang kuat. Selamat datang ke aktiviti sukan Frisian, Fierljeppen yang mempamerkan satu kehebatan dan warisan lama.

    Diterjemahkan daripada perkataan Belanda, Frisian merupakan bahasa rasmi kedua di Belanda dan perkataan Fierljeppen membawa maksud melompat jauh. Apa yang pasti, aktiviti sukan ini merupakan gabungan tiang poket dan juga lompat jauh. Atlet akan berjalan secepat yang mungkin sehingga mencapai satu jalan yang diatur kemudian melompat ke tiang yang disediakan serta terbang longgar di udara sebelum melompat jauh sama ada di kawasan lumpur ataupun kawasan pasir.

    Atlet akan menggenggam kuat dan cuba memanjat ke puncak tiang malah menggunakan momentumnya untuk mengerakkan tiang tersebut ke depan di kawasan sungai yang mempunyai kelebaran sehingga 12 meter dan seterusnya melompat sejauh mungkin ke kawasan pasir yang mana telah disediakan khas oleh penganjur. Begitulah sekurang-kurangnya permainan warisan Frisian Fierljeppen.

    Atlet akan melakukannya beberapa kali walaupun beberapa kali mengalami kegagalan malah lompatan akan dibatalkan jika ia bergerak ke kiri atau ke kanan bukannya ke hadapan malah apa yang teruk, ada sesetengah atlet terjatuh ke dalam sungai dan ia merupakan satu aksi yang memalukan namun masih meriah. Setiap percikan air akan disertakan dengan keluhan serta gelak tawa para penonton. Teknik atlet kemudiannya akan dibicarakan semasa dalam satu perkumpulan di Frisian dan disertai dengan hidangan makanan kentang goreng dan mayonise serta dua jenis minuman, kopi dan teh.

    Takut ketinggian

    “Ia sebenarnya satu perkara yang tidak mudah,” kata Etty Kramer, ketua kelab Fierljeppen di sebuah desa kecil iaitu kira-kira 40 kilometer di barat daya ibu kota Leeuwarden di Frisian. “Anda memerlukan kekuatan badan untuk satu larian yang pendek dan digabungkan dengan tenaga yang kuat membuatkan ia satu lompatan yang baik,” kata Kramer lagi kepada media. Kramer telah menjadi pendorong terhadap sukan tersebut selama 38 tahun yang lalu. “Kemudian anda perlu memberikan tumpuan dan keseimbangan untuk memastikan anda tidak takut. Apa yang penting, anda perlu berani,” tambahnya kepada wartawan AFP. “Lagi satu, anda mesti tidak takut kepada ketinggian,” tambah Kramer lagi.

    Atlet akan berjalan secepat yang mungkin sehingga mencapai satu jalan yang diatur kemudian melompat ke tiang yang disediakan serta terbang longgar di udara sebelum melompat jauh sama ada di kawasan lumpur ataupun kawasan pasir. – AFP

    Tidak ada sesiapa yang tahu berapa lama aktiviti Fierljeppen bermula sebagai satu sukan namun dalam rujukan dalam kesusasteraan Belanda mengatakan bahawa lelaki kebanyakannya melompat di parit dan sudah wujud sejak abad ke-16 lagi. Cerita rakyat setempat turut mengatakan bahawa seorang lelaki telah menyembunyikan satu mesej rahsia di tiang-tiang tinggi sebelum melintasi garisan kawasan musuh pada tahun 1575 semasa berlakunya pemberontakan Belanda menentang pemerintahan Sepanyol. “Malah petani selama beratus-ratus tahun telah menggunakan kaedah yang sama untuk menyeberang dari satu kawasan tanah yang dipanggil polder,” tambah Kramer lagi kepada wartawan AFP.

    Pertandingan Fierljeppen secara rasmi telah diadakan pada bulan Ogos 1957 di bandar Winsum, Frisian. Manakala pada tahun 1978, kenyataan rasmi Frysk Ljeppers Boun, persekutuan rasmi sukan, telah dirasmikan dan dilahirkan. Sukan ini walau bagaimanapun, tidak diketahui di beberapa wilayah di Belanda namun buat pertama kali, sukan ini telah diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2007 apabila peserta mengambil bahagian dalam pameran realiti Amerika Syarikat yang terkenal ‘The Amazing Race’ yang mana mereka terpaksa melompat tinggi di kawasan parit di negara berkenaan.

    Kebanggaan Frisian

    Sekarang dianggarkan sekitar 250 pelumba lelaki dan wanita bersaing dalam tiga peringkat pertandingan dan sering dilakukan setiap musim panas. Bersama-sama dengan bahasa Frisian, Fierljeppen adalah sumber kebanggaan di kawasan itu.

    Atlet akan mengenggam kuat dan cuba memanjat ke puncak tiang malah menggunakan momentum untuk mengerakkan tiang tersebut. – AFP
    Diterjemahkan daripada perkataan Belanda, Frisian merupakan bahasa rasmi kedua di Belanda dan perkataan Fierljeppen membawa maksud melompat jauh. – AFP

    Oleh itu, ia merupakan titik yang menyakitkan bahawa rekod semasa 22.21 meter dipegang oleh masyarakat Belanda bukan dari masyarakat Frisian itu sendiri.

    “Buat masa ini, mereka telah melompat lebih jauh, perkara ini perlu diubah untuk memastikan masyarakat kita adalah yang terbaik sekali,” kata Kramer lagi kepada wartawan secara diam-diam.

    Kembali kepada pertandingan itu lagi, Bokma berada di kedudukan yang kedua dalam liga namun dia dikenali sebagai atlet muda yang bakal cemerlang dalam bidang sukan tersebut malah atlet itu sering mengalami kegagalan namun masih terus mencuba dan berusaha untuk terus maju.

    Namun pada kali ini, Bokma berada di kedudukan yang ketiga di belakang pemain kegemaran tempatan, Ysbrand Galama yang memberikan angka lompatan yang tinggi namun masih tertinggal di belakang Nard Brandsman, yang mencatatkan lompatan menang sejauh 20.72 meter.

    “Saya tidak menjadi yang terbaik pada hari ini namun untuk melihat kanak-kanak bersorak dan menyokong itu adalah sebahagian yang terbaik untuk saya kerana mereka adalah masa depan sukan kecil kami, yang mana pada mulanya anda akan berakhir di dalam air,” kata Bokma mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda