Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabaran menegakkan emansipasi wanita

    WALAUPUN kedengaran seperti sebuah siri yang menampilkan elemen misteri ataupun fantasi namun hakikatnya siri Witch’s Court lebih menumpukan kepada aspek perundangan dan kehidupan seseorang individu yang menceburi kerjaya dalam bidang tersebut.

    Ia merupakan sebuah drama yang diarahkan oleh Kim Young-Kyoon dan skripnya pula ditulis oleh Jung Do-Yoon.

    Manakala barisan pelakon yang membintangi siri drama ini adalah terdiri daripada Jung Ryeo-won, Yoon Hyun-min, Jeon Kwang-Leol, Kim Min-seo, Kim Yeo-jin, Lee Il-hwa dan lain-lain.

    Pada dasarnya, ia mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Ma Yi-Deum lakonan Jung Ryeo-won yang bekerja sebagai seorang peguam yang sangat bersifat tegas dan memiliki profil yang sangat tinggi sehingga kerap memenangi sebarang kes yang diwakilinya ketika dibicarakan di dalam mahkamah.

    Watak Ma Yi-Deum dalam Witch’s Court dilakonkan oleh Jung Ryeo-won.

    Pengalaman kerjayanya selama tujuh tahun sebagai seorang peguam yang bersifat materialistik ini cukup tegas dalam mencari segala bukti, menganalisis segala fakta dan mencari langkah dalam memastikan setiap kes yang diwakilinya dalam sesebuah perbicaraan akan berpihak ke arah kemenangan.

    Namun pada satu ketika, Ma Yi-Deum telah diberikan satu cabaran baru untuk menangani kes perbicaraan yang lebih kritikal dan setentunya sangat mencabar.

    Lalu, adakah wanita yang bersifat tegas tersebut berjaya menangani kes-kes yang lebih mencabar itu dengan baik sekaligus menjaga prestasinya dan untuk mengetahuinya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Witch’s Court sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda