Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Cabul anak saudara: Tertuduh gagal dapatkan jaminan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Mahkamah Perantaraan, kelmarin, membenarkan permohonan ikat jamin seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun sementara menunggu perbicaraan atas pertuduhan mencabul kehormatan anak saudaranya berusia 12 tahun.

    Pertuduhan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri Kiprawi mendakwa defendan memeluk anak saudara perempuannya di bahagian pinggang semasa dia berbaring menyiring di atas katil dalam bilik tidur di sebuah rumah pada pukul 3 pagi, 16 September lalu.

    Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni, semasa memberikan keputusannya, mengambil kira bantahan pihak pendakwaan untuk diikat jamin atas alasan defendan menghadapi pertuduhan serius dan risiko mengganggu saksi, memandangkan dia tinggal serumah dengan mangsa dan 10 ahli keluarga yang lain, yang mana sebahagian daripadanya adalah saksi.

    “Bagaimanapun mahkamah juga perlu mempertimbangkan faktor-faktor lain,” jelas hakim.

    Defendan merayu agar mahkamah membebaskannya dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan kerana dia bekerja di sektor swasta dan telah berkhidmat hampir 15 tahun.

    Defendan selanjutnya merayu dengan alasan keperluan untuk menyara isterinya dari segi kewangan.

    Selain itu, defendan berkata penahanannya yang berpanjangan bermakna dia akan ditamatkan perkhidmatan sekiranya tidak hadir bekerja.

    Mahkamah membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin $10,000 atau dua penjamin tempatan, dengan syarat dia keluar dari rumah dan segara memaklumkan kepada pegawai penyiasat mengenai alamat baharunya.

    Defendan juga tidak boleh menghubungi mangsa atau saksi pendakwaan lain secara langsung atau tidak langsung, melaporkan diri kepada pegawai penyiasat sebulan sekali dan mengemas kini sebarang perubahan dalam butiran perhubungan serta tidak boleh ditangkap atas sebarang ke-salahan lain semasa diikat jamin.

    Bagaimanapun, defendan gagal mendapatkan jaminan dan kini dalam tahanan.

    Kes itu telah ditetapkan untuk sebutan lanjut pada 4 Oktober bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...