Cabul: Guru berdepan penjara, sebat

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Seorang guru sekolah rendah di Daerah Belait bakal berdepan hukuman tidak kurang dari tiga tahun dan tidak melebihi dari 10 tahun penjara dan dengan sebatan, untuk setiap empat pertuduhan mencabul kehormatan tiga muridnya jika didapati bersalah.

Nama guru lelaki yang berusia 41 tahun itu tidak didedahkan untuk melindungi identiti tiga murid lelaki yang berusia 9, 10 dan 11 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan ‘tidak senonoh’ terhadap mangsa dalam kejadian berasingan yang didakwa berlaku sekitar Julai 2019 dan sekitar tahun 2019 di sekolah tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan ‘tidak senonoh’ terhadap mangsa dalam kejadian berasingan yang didakwa berlaku sekitar Julai 2019 dan sekitar tahun 2019 di sekolah tersebut.

Dalam sebutan hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi membantah tertuduh yang ditahan reman sejak 14 November 2019 untuk siasatan ini diberi ikat jamin namun Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim memutuskan untuk membenarkan ikat jamin selepas Peguam bela Haji Rozaiman bin DSLJ Haji Abdul Rahman membuat permohonan untuk mahkamah membenarkan anak guamnya dijamin dengan syarat jaminan yang ketat, termasuk tidak mendekati mangsa atau sekolah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin $10,000 atau dua penjamin tempatan sementara siasatan lanjut masih dijalankan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354B Kanun Keseksaan.

Kes akan disebut lagi pada 3 Disember 2019.