Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Cabul kehormatan anak tiri, lelaki didakwa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Belait pada Rabu lalu atas pertuduhan mencabul kehormatan anak tirinya yang berusia 11 tahun.

    Bagaimanapun, mahkamah tidak merekodkan pengakuan defendan apabila melihat pihak pendakwaan menunjukkan bahawa kes itu masih perlu disiasat lebih lanjut.

    Defendan didakwa memegang tangan anak tirinya dan memaksanya menyentuh bahagian sulitnya di rumah mereka di Daerah Belait pada Disember 2022.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi memaklumkan kepada mahkamah bahawa siasatan oleh polis masih di peringkat awal kerana defendan baru ditahan pada malam Isnin.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan defendan direman selama seminggu bagi memudahkan siasatan dan menangguhkan kes kepada 29 Mac.

    Defendan menghadapi pertuduhan yang membawa hukuman penjara tiga hingga 10 tahun dengan sebatan mandatori.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...