Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cabul kehormatan: Guru bakal ketahui nasib 23 Julai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Seorang guru sekolah rendah tempatan berusia 29 tahun yang mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan berusia 6, 7 dan 8 tahun akan mengetahui nasibnya pada 23 Julai ini.

    Defendan lelaki mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan di Mahkamah Perantaraan pada hari ini dengan menyatakan dia telah memaksa tiga pelajar perempuan menyentuh alat sulitnya ketika mereka berada di dalam sebuah bilik darjah di sekolah pada 13 Julai antara pukul 11 pagi dan tengah hari.

    Hakim Hajah Hazarena binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah akan menjatuhkan hukuman pada Sabtu ini selepas mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri Kiprawi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...