Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cabul: Lelaki berdepan 5 pertuduhan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Pendakwa raya hari ini mengemukakan lima pertuduhan termasuk merogol kanak-kanak bawah umur, terhadap seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun di Mahkamah Tinggi.

    Defendan yang namanya dirahsiakan kerana mempunyai kaitan dengan mangsa merupakan suami kepada sepupu mangsa berusia 14 tahun.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri Kiprawi dalam hujahnya mengatakan defendan telah merogol mangsa dua kali di dalam kereta di Jalan Lubok Pulau sekitar tengah hari dan di Pantai Seri Kenangan, Tutong lewat petang, 29 Jun. Tiga pertuduhan lain mendakwa defendan telah mencabul kehormatan remaja perempuan berkenaan.

    Mula-mula pada Julai 2021 di sebuah rumah di Tutong dengan memaksa pelbagai perbuatan seksual terhadap mangsa. Kedua, defendan dikatakan memaksa mangsa melakukan perbuatan seksual terhadapnya semasa mereka berada di sebuah rumah kedai pada tahun ini.

    Yang ketiga, defendan didakwa memaksa mangsa melakukan perbuatan seksual ke atasnya lagi di sebuah rumah kedai di Tutong pada pagi 5 Julai.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong tidak merekodkan rayuan defendan.

    Defendan meminta masa untuk mempertimbangkan rayuannya dan mendapatkan nasihat undang-undang.

    Dia juga memohon ikat jamin, bagaimanapun pihak pendakwaan membantah permohonan itu berdasarkan beratnya kesalahan, kekuatan kes pendakwaan dan hubungan rapat antara mangsa dan defendan.

    Pihak pendakwaan seterusnya memaklumkan mahkamah bahawa hakikatnya defendan telah diamanahkan oleh ibu mangsa untuk mengambil dan menghantar mangsa ke sekolah. Terdapat juga satu ketika mangsa tinggal serumah bersama defendan.

    Pihak pendakwaan menekankan faktor-faktor tersebut menimbulkan risiko tinggi defendan
    mengganggu mangsa dan saksi sekiranya dia dibebaskan dengan ikat jamin.

    Ketua hakim negara bersetuju bahawa terdapat risiko defendan mengganggu mangsa dan saksi, serta menolak permohonan defendan untuk diikat jamin dan memerintahkan tahanan reman dan menangguhkan kes kepada 16 Ogos.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...