Cabul: Lelaki India dihadapkan ke mahkamah

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Seorang lelaki warga India berusia 32 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan memaksa seorang budak lelaki warga tempatan untuk melakukan perbuatan seksual terhadapnya, yang bermaksud mencabul kehormatan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali dalam pendakwaannya menyatakannya bahawa Mohamad Iburahim melakukan kesalahan terhadap mangsa berusia 10 tahun itu pada 11 pagi 21 Jun 2020 di Kampung Rimba.

Majistret Hajah Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mengarahkan defendan ditahan reman dan menangguhkan kes sehingga 29 Jun sementara siasatan lanjut dijalankan.