Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Cabul: Lelaki tempatan dipenjara 8 bulan, sebat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang mengaku bersalah melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun telah dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dengan dua kali sebatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Rafaie bin Muhd Ramli juga telah mengaku kepada Timbalan Pendakwa raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali, atas fakta kes yang mendedahkan bahawa mangsa merupakan kenalan rakan defendan.

    Mahkamah seterusnya mendengar bahawa defendan dan rakannya pergi mengambil mangsa di rumah pada pukul 8 malam 4 Jun lalu di Kampung Lumut dan melepak di kawasan dermaga Tutong sehingga 2 pagi.

    Mereka kemudian menghantar rakan defendan pulang di Daerah Tutong seterusnya merancang untuk menghantar mangsa pulang yang mana mangsa masih duduk di tempat duduk belakang kereta.

    Sebelum mereka sampai di Kampung Lumut, defendan berhenti di tepi jalan di Mumong
    bypass, menaikkan tingkap dan pergi ke tempat duduk belakang.

    Defendan meminta mangsa untuk melakukan hubungan seksual, tetapi ditolak, dan secara paksa melakukan dua perbuatan seksual ke atas mangsa.

    Mangsa memberitahu defendan untuk melepaskannya, tetapi tidak berjaya dan terus mencabul kehormatannya.

    Defendan sekali lagi meminta untuk melakukan hubungan seksual, dan mangsa menjawab hanya jika defendan membayarnya.

    Mangsa tahu defendan tidak mempunyai wang dan telah mendapat idea untuk melepaskan diri dan dihantar pulang segera.

    Ini membuatkan defendan berpindah ke tempat duduk pemandu dan menyuruh mangsa duduk di tempat duduk penumpang di hadapan.

    Defendan terus memujuk mangsa supaya menuruti permintaannya.

    Namun mangsa berulang kali menolaknya, dan dengan perasaan kecewa defendan akhirnya menghantar mangsa pulang.

    Ketika menghampiri rumah mangsa, remaja itu terus melompat keluar dari kereta untuk melarikan diri daripada defendan.

    Pada ketika itu, defendan menyedari ahli rumah mangsa sedang menunggunya di luar dan melihat kejadian itu, membuatkannya merasa takut dan terus memandu pergi.

    Mangsa dan keluarganya membuat laporan di balai polis Kuala Belait sebelum pukul 4 pagi pada hari kejadian dan membawa kepada penahanan defendan pada 15 September.

    Majistret Syafiq bin Haji Zakaria mengetuai kes itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...