Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabul: Rayuan ditolak, kena penjara 18 bulan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Rayuan seorang lelaki tempatan terhadap sabitan dan hukuman telah diketepikan oleh Mahkamah Tinggi dan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan ke atasnya berkuat kuasa hari ini.

    Pengiran Masri Pengiran Haji Othman yang merupakan seorang pentadbir di sebuah institut, telah didapati bersalah selepas perbicaraan di Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan kerana mencabul kehormatan tiga lelaki dan mengaibkan kehormatan seorang wanita.

    Dia telah dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan tetapi diberi penangguhan pelaksanaan sementara menunggu rayuan.

    Peguam Bela Rozaiman Abdul Rahman yang mewakili Pengiran Masri semasa perbicaraan dan rayuan, membantah dapatan majistret yang membawa kepada sabitan berkenaan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nor Hafizah Ahmad ketika menjawab permohonan itu berkata, sabitan itu adalah ‘selamat’ dan hukuman yang dijatuhkan adalah ‘betul’.

    Pesuruhjaya Kehakiman, Haji Abdullah Soefri POKSMDSP Haji Abidin mendapati bahawa majistret tidak “tersalah” dalam proses itu sehingga membuat keputusan dalam mensabitkan Pengiran Masri atas lima pertuduhan itu sambil memutuskan bahawa hukuman yang dijatuhkan sama sekali tidak berlebihan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda