Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Cabutan bertuah dorong awam dapatkan vaksinasi

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Pada pertengahan November lalu, Progresif bersama-sama Incomm bekerjasama dalam sebuah inisiatif untuk menyokong seruan Kementerian Kesihatan kepada orang ramai bagi mencapai 70 peratus penduduk negara mendapatkan vaksinasi lengkap dengan mengadakan kempen cabutan bertuah.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan hari ini di mana Dayangku Nusar binti Awangku Majid telah memenangi hadiah berupa iPhone 13 mini dengan Progresif Starter Pack.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, di sini, hari ini, beliau merupakan antara seramai 72,623 orang yang telah mendapatkan vaksin mereka antara 10 hingga 20 November, menurut data yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan.

Kenyataan menyatakan lagi bahawa hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datastream Technology Sdn Bhd, Cheng Siok Tuan dan Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar dengan disaksikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

Kempen selama 10 hari itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada orang ramai dan telah menyaksikan peningkatan cepat dalam penyertaan dalam tempoh beberapa hari. Kenyataan menyatakan lanjut bahawa cabutan telah dilaksanakan secara maya pada 3 Disember lalu dengan disaksikan oleh Ketua Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Norhayati binti Haji Kassim; Ketua Bahagian Komunikasi Korporat di Kementerian Kesihatan, Dayang Athirah Fakhriah binti Haji Awang Yussof; Pengurus Besar Integrated Communications Sdn Bhd (INCOMM), Juliana Sim dan Ketua Jualan, Progresif Sdn Bhd, Awang Junaidi bin Bahrum.

Ganjaran itu merupakan sebahagian daripada kempen seluruh negara yang dibukakan kepada seluruh penduduk di Negara Brunei Darussalam yang mendapatkan dos pertama vaksin atau dos kedua vaksin di semua pusat vaksinasi.

Dayangku Nusar ketika bergambar bersama hadiah berupa iPhone 13 mini dengan Progresif Starter Pack yang telah dimenanginya. – Gambar serahan Progresif
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -