Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Cacah tatu, Tom dituduh bukan Islam

    Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Penyanyi sensasi, Tom, 36, berdepan sesalan panjang dengan kesilapannya mencacah tatu di bahagian lengan.

    Baginya, mempunyai tatu bukan perkara dibanggakan, sebaliknya satu kesilapan yang sukar dipadamkan.

    Tindakan Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram memiliki tatu pada bahagian lengan menyebabkan ramai beranggapan dirinya bukan seorang Muslim.

    “Jujurnya, saya amat menyesal buat tatu. Ini memang kesilapan saya.

    “Saya membuat tatu sudah lama ketika tempoh saya senyap daripada industri muzik. Ketika itu, saya langsung tidak fikir panjang.

    Tom mempunyai tatu di lengannya menyebabkan ramai yang menyangka dia bukan seorang Muslim. – Agensi

    “Apabila melihat rakan-rakan bertatu, saya pun nak buat juga. Namun, apa nak buat, ia kesilapan saya sendiri.

    “Jangan salahkan sesiapa termasuk pertikaikan didikan ibu bapa. Saya terima jika ada yang mengecam, saya tak boleh nak salahkan mereka,” katanya kepada BH Online.

    Juara program realiti, My Starz LG musim ketiga itu berkata, dia malas nak fikir disebabkan perkara lama.

    “Ada yang cakap saya bukan Islam. Malah, ada juga bertanya sama ada saya mualaf.

    “Mungkin saya bukan orang Islam yang baik, tetapi saya nak berubah,” katanya yang kini menjadi peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

    Penyanyi Redha dan Lagu Untuk Kuala Lumpur itu berkata, dia tidak pernah terfikir akan kembali memeriahkan industri muzik selepas bertatu.

    Terdahulu, Tom terpaksa menjalani kehidupan sebagai penyanyi jalanan di Langkawi untuk mencari rezeki bagi membesarkan dua cahaya matanya.

    Bagaimanapun, Tom hilang mata pencarian disebabkan kelab malam ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...