Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cacar monyet akan diberi nama baharu?

    PARIS, 22 JUN – Cacar monyet mungkin mendapat nama baharu tidak lama lagi selepas saintis menggesa perubahan bagi menghapuskan stereotaip Afrika yang dilihat sebagai sarang penyakit.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan minggu lalu bahawa ia “bekerjasama dengan rakan kongsi dan pakar dari seluruh dunia untuk menukar nama virus cacar monyet, kumpulannya dan penyakit yang ditimbulkannya.”

    Kumpulan cacar monyet yang merupakan cabang berbeza daripada salasilah famili virus, telah menjadi kontroversi hangat kerana ia dinamakan sempena wilayah Afrika.

    Tahun lalu, WHO secara rasmi menamakan varian COVID sempena huruf Yunani untuk mengelakkan stigma tempat ia pertama kali dikesan.

    Hanya beberapa hari sebelum WHO mengumumkan ia akan menukar nama cacar monyet, sekumpulan 29 orang saintis telah menulis surat yang mengatakan terdapat “keperluan mendesak untuk tatanama yang tidak mendiskriminasi dan tidak menstigmatisasi” untuk virus itu. Surat itu, ditandatangani oleh beberapa orang saintis Afrika terkemuka, meminta nama kumpulan cacar monyet ‘Afrika Barat’ dan ‘Afrika Tengah’ atau ‘Congo Basin’ ditukar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...