Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cacing bawa keajaiban dalam bahagian perubatan

    PLOEMEUR, Perancis – Selama berabad-abad, satu-satunya penggunaan manusia terhadap cacing – berwarna merah jambu kehitaman, berlendir dan tidak dapat dimakan – adalah ketika hendak memancing.

    Tetapi status invertebrat yang dianggap seperti tidak dihargai ini akan berubah. Menurut penyelidik Perancis, darahnya mempunyai keupayaan yang luar biasa dalam memberikan oksigen kepada manusia.

    Ia boleh dimanfaatkan sebagai ubat dalam keperluan kehidupan manusia, sebagai pengganti darah yang boleh menyelamatkan nyawa, dapat memulihkan secara pantas selepas pembedahan dan dapat membantu pesakit dalam operasi pemindahan dijalankan, kata mereka.

    “Hemoglobin dari cacing boleh menghantar 40 kali lebih banyak oksigen dari paru-paru ke tisu berbanding hemoglobin manusia,” kata Gregory Raymond, ahli biologi di Aquastream, sebuah kawasan kemudahan pertanian di pantai Brittany.

    “Ia juga mempunyai banyak kelebihan dalam menyesuaikan apa jua jenis darah.”

    Seorang pekerja di syarikat Aquastream sedang meneliti cacing laut melalui mikroskop di Ploemeur, barat Perancis. – AFP
    Menurut penyelidik Perancis, darah cacing mempunyai keupayaan yang luar biasa dalam memberikan oksigen kepada manusia.
    Seorang pekerja syarikat Aquastream melakukan kerjanya pada tempat pembiakan cacing laut tersebut. – AFP
    Hemoglobin dari cacing boleh menghantar 40 kali lebih banyak oksigen dari paru-paru ke tisu berbanding hemoglobin manusia.

    Raymond dan pasukannya, pakar dalam pengeluaran telur ikan, bergabung tenaga dengan firma bioteknologi Hemarina pada tahun 2015 dengan harapan memperoleh pengeluaran cacing yang berdaya tahan.

    Kini peralatan kemudahan itu telah menghasilkan lebih daripada 1.3 juta daripadanya setiap tahun, masing-masing menyediakan sejumlah kecil hemoglobin yang sangat berharga.

    “Kami pada dasarnya bermula dari kosong. Sejak cacing-cacing ini belum pernah dikaji, semua parameter kajian bermula dari awal, dari cara pemakanannya sehinggalah suhu air,” kata penyeledik projek, Gwen Herault.

    Kepentingan perubatan dalam cacing – ‘Arenicola marina’ – bermula pada tahun 2003, apabila wabak penyakit lembu gila merebak di Eropah dan epidemik HIV di seluruh dunia mula mempengaruhi bekalan darah.

    Masalahnya haemoglobin haiwan, digunakan sebagai pengganti kepada persamaan manusia, boleh menyebabkan reaksi alergi, yang mungkin merosakkan buah pinggang.

    Walau bagaimanapun, hemoglobin daripada cacing larut dalam darah dan tidak merosakkan sel darah merah seperti yang ada pada manusia – dalam erti kata lain, jenis darah adalah tidak menjadi masalah – dan strukturnya hampir sama dengan hemoglobin manusia.

    Pada tahun 2006, potensi ca-cing telah disahkan dalam kajian utama. Para saintis di Roscoff, dekat dengan Plomeur, ekstrak hemoglobin dari cacing-cacing tempatan telah dibersihkan dan diuji kaji pada makmal tikus. Tikus rodensia berkeadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tindak balas imun, sebagai pengganti dari haiwan-haiwan lainnya.

    Sekiranya terbukti selamat untuk manusia, para penyelidik berkata, darah cacing yang kaya dengan oksigen itu dapat mengatasi kejutan septik – misalnya pendarahan akibat kemalangan boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dan kematian – dan dapat membantu memulihkan organ-organ bagi transplantasi.

    Ujian klinikal terhadap produk darah ini bermula pada tahun 2015. Hemoglobin cacing telah digunakan dalam 10 pemindahan buah pinggan manusia tahun lepas di salah sebuah hospital di bandar barat Perancis, Brest, dan 60 pesakit kini mendaftar dalam ujian produk darah itu di seluruh Perancis.

    Rahsia hemoglobin cacing ini terletak pada keupayaannya untuk bertahan dalam keadaan yang sangat ekstrim (berada dalam pasir di tepi perairan yang pasang). Cacing itu membiak kepada kira-kira 25 sentimeter (10 inci) panjang dan mempunyai beberapa insang luar yang lebat di sepanjang tubuhnya.

    Semasa air pasang, tenggelam dalam air, cacing cuba membina stok oksigennya sehingga ia dapat bertahan selama lebih daripada lapan jam dalam air.

    Sesiapa yang pernah berjalan di sepanjang pantai berpasir semasa air surut, mereka akan dapat melihat kesan-kesan daripada cacing, dari celah-celah kecil pasir sehinggalah pada lubangnya (berukuran 10 sentimeter di bawah permukaan).

    Tetapi, selain para pemancing yang menggali dan mencari spesies itu sebagai umpan, cacing juga sangat jarang kelihatan – apatah lagi pembiakannya adalah satu cabaran baru.

    ” Mengusahakan hidupan haiwan besaiz kecil ini yang hidup tersembunyi adalah satu cabaran utama,” jelas Raymond.

    Aquastream bergelut pada mulanya apabila mengalami masalah pemeliharaan asas – termasuk untuk membezakan cacing jantan dan cacing betina. Selepas sembilan bulan ujian, “50 peratus cacing-cacing dewasa selamat dan dapat menghasilkan telur-telur yang ba-nyak,” kata Herault.

    Larvanya bermula pada sekitar 1 milimeter panjang dan cacing-cacing itu kemudiannya diangkut ke tapak ujian Hemarina setelah mencapai 5 milimeter.

    Pengarah Aquastream, Nathalie Le Rouilly, mengatakan bahawa kerjasama firma beliau bersama dengan Hemarina dapat membantu menyediakan sains perubatan dunia dengan bekalan cacing yang mampan.

    “Tidak ada di tempat lain di Perancis atau dunia yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan cacing dalam sebuah persekitaran yang terkawal untuk memastikan bekalan hemoglobin mereka,” katanya.

    Para saintis begitu teruja dengan potensi hemoglobin cacing ini – walaupun mereka telah menunjukkan prosedur ujian sebelum molekul dapat disahkan sebagai selamat dan berkesan untuk manusia.

    “Sifat luar sel hemoglobin yang diekstrak daripada cacing boleh membantu melindungi pencantuman kulit, mempromosikan pertumbuhan semula tulang dan dapat digunakan dalam pelbagai jenis darah,” kata Raymond.

    Sekiranya visi ini menjadi nyata, darah cacing juga dapat membantu para penderma organ untuk hidup lebih lama, dan berpotensi membantu beribu-ribu penerima setiap tahun. Dan, suatu hari nanti, darah beku-kering daripada cacing ini boleh menjadi satu persediaan awal yang penting untuk standard bekalan darah – penyelamat semasa zon pertempuran atau bencana. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda