Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cadang wujud Garis Panduan Makanan Halal ASEAN

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN mengenai Makanan Halal ke-18 telah diadakan menerusi persidangan video khas di mana Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Syariah.

    Wakil negara telah diketuai oleh Ketua Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Awang Ahmad Haziq bin Haji Abdul Hamid yang menyertai mesyuarat dari Bilik Dahlia, Bangunan KHEU.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KHEU, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Indonesia itu telah membincangkan mengenai perkembangan pelaksanaan pelan-pelan tindakan bagi kerjasama ASEAN dalam makanan halal yang antaranya memfokuskan mengenai Garis Panduan Makanan Halal bagi Negara ASEAN, cadangan bagi mewujudkan Skim Persijilan dan Akreditasi Halal bagi Negara ASEAN, pendaftaran dan kompilasi aditif makanan halal dan laman sesawang makanan halal ASEAN.

    Kumpulan Kerja ASEAN mengenai Makanan Halal ditubuhkan bagi memudah cara keseragaman piawaian halal terutamanya di serantau ASEAN untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi produk dan perkhidmatan halal yang boleh dipercayai dan terjamin di samping memastikan masyarakat Islam berasa selamat dalam pemakanan produk halal.

    Turut hadir semasa mesyuarat secara maya itu ialah pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, KHEU, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan Autoriti Makanan Brunei Darussalam.

    Awang Ahmad Haziq semasa menyertai Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN mengenai Makanan Halal ke-18 yang diadakan secara persidangan video, kelmarin.- Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...