Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Cadangan Bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN perlu kajian, perbahasan lanjut

    JAKARTA, 5 APRIL – Cadangan supaya bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa ASEAN perlu kajian dan perbahasan lebih lanjut, kata Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Anwar Makarim. 

    Beliau berkata kementeriannya bertanggungjawab mengembang, membina dan melindungi bahasa dan sastera Indonesia, serta meningkatkan fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa antarabangsa.

    “Saya sebagai menteri tentu menolak usulan itu. Namun, kerana ada keinginan negara sahabat kita mengajukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, tentu keinginan itu perlu dikaji dan dibahas lebih lanjut di peringkat serantau,” katanya dalam satu kenyataan.

    Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia dan Indonesia akan terus memperkasakan bahasa rumpun Melayu agar dijadikan sebagai bahasa ASEAN.

    Dalam sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo, Ismail Sabri berkata kedua-dua negara sepakat menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa.

    Menurut Nadiem, bahasa Indonesia lebih layak dikedepankan kerana sejarah, undang-undang dan linguistik, serta penggunaannya yang meluas di Asia Tenggara dan tersebar ke 47 negara.

    Pembelajaran bahasa Indonesia untuk Penutur Asing (BIPA) telah diselenggarakan oleh 428 agensi termasuk di bawah kementeriannya, serta lembaga dan penggiat BIPA di seluruh dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...